GIATMARA Komited Perkasa Warga Kerja

Putrajaya, 14 Februari 2019 – Seramai 207 anggota kerja GIATMARA dirai dalam Majlis Apresiasi Diploma Pengurusan Vokasional (DPV) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) GIATMARA di sini.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Azmee Osman, Program DPV dan DKM bagi kakitangan GIATMARA ini sangat penting kerana ia memberikan pengetahuan dan kemahiran baru dan ia juga mampu melaksanakan kerja mereka dengan lebih efisen.

“Program Diploma Pengurusan Vokasional (DPV) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) GIATMARA ini sebenarnya sangat penting kerana ia bukan sahaja mampu memberikan pengetahuan dan kemahiran baru seiring dengan perkembangan tamadun, tetapi ia juga mampu menyediakan mereka dalam melaksanakan kerja dengan lebih cekap dan mahir,” katanya.

Tambah beliau, konsep pembelajaran berterusan; Continuous Professional Development (CPD) bukanlah satu perkara yang baru dan penglibatan anggota kerja dalam program pembangunan ini dapat memastikan kedua-dua kelayakan akademik dan kemahiran tidak ketinggalan.

“Penglibatan anggota kerja dalam program pembangunan ini dapat memastikan kedua-dua kelayakan akademik dan kemahiran tidak ketinggalan dan juga membolehkan mereka meningkatkan kemahiran atau mengasah semula tanpa mengira pekerjaan, umur atau pendidikan,” katanya lagi.

Seramai 167 penerima DKM terdiri daripada anggota kerja kumpulan sokongan dan 40 penerima DPV yang terdiri daripada kumpulan eksekutif dan pengurusan tertinggi GIATMARA.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.