Galeri Narita pamer kejayaan inovasi pelajar MJII

Beranang – Pelbagai inovasi daripada pelajar-pelajar MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dihimpunkan dalam satu galeri yang diberi nama galeri Narita di sini.

Galeri ini menggabungkan inovasi-inovasi pelajar yang telah berjaya dalam pertandingan antarabangsa seperti World Skill Competition, ASEAN Skill Competition, World Skill Malaysia Belia dan sebagainya.

Antara inovasi yang dipamerkan di sini termasuk Grass Cutter Using Apps, Monitoring Flood Level Indicator Via Lot, Lamp Post Condition Detector, Miniature Chilli Greenhouse dan banyak lagi.

Galeri Narita terletak di MJII, Lot 2333, Jalan Kajang-Seremban, 43700 Beranang, Selangor.

MJII menawarkan pelbagai bidang pengajian kejuruteraan elektronik peringkat Diploma. Maklumat lanjut, sila hubungi 038724 9344 atau layari laman web http://mjii.kktm.edu.my.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.