‘Stail Kito, Caro Kito’

Oleh : Ziela Amin
media@mara.gov.my

“Yang uniknya ANSARA Kota Bharu, kami berani menampilkan kelainan dengan cara tersendiri, ‘Stail Kito, Caro Kito’ adalah tagline Team ANSARA KB dan kami pernah menjuarai Karnival Sukan ANSARA (KSA) pada tahun 2017,”kata Presiden ANSARA Malaysia, YBhg. Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed.

Majlis Pelancaran Pasukan ANSARA KB ke KSA 2019 telah diadakan hari ini 8 Februari 2019 bertempat di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf.

Menurut Azhar, Karnival Sukan ANSARA merupakan antara acara yang terbaik dalam menyatukan ahli-ahli ANSARA dari pelbagai latar belakang.

“Saya amat teruja dengan hashtag #1UnitedAnsara dan #UnlockingThePotential yang digunakan oleh ANSARA Malaysia. Kekuatan ANSARA Malaysia bergantung kepada kekuatan dan komitmen cawangan-cawangannya,” kata Azhar.

Tambah beliau, Team ANSARA KB yang diterajui oleh YBhg. Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad akan menghantar jumlah kontinjen paling ramai ke KSA  tahun ini jelas menunjukkan usaha murni mereka dalam menyatukan ahli-ahli dengan acara sukan.

“Kami ingin memperkenalkan atlet KSA dan berterima kasih kepada semua penaja kerana hampir 95 pratus penaja Team ANSARA KB mempunyai syarikat yang berwibawa dan banyak membantu ANSARA KB,” jelas Sayed Alfeizal.

Karnival Sukan ANSARA 2019 telah berlangsung pada 26 Januari  hingga 24 Februari 2019 seluruh Malaysia dan akan diakhiri dengan acara Fun Run dan Majlis Penutupan pada 24 Februari 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

This entry was posted in Korporat, Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.