Menyantuni Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA di bawah tajaan Maybank Islamic Berhad

oleh yusof@ypmjdt
media@mara.gov.my

BATU PAHAT, 30 Januari – Siri jelajah untuk menyantuni Anak Angkat YPM dalam Negeri Johor bermula di SMK Dato’ Onn, Simpang Lima.

Seramai 25 orang Anak Angkat YPM di bawah tajaan Maybank Islamic Berhad menerima manfaat untuk terus maju dan cemerlang dalam Akademi serta bidang masing-masing.

Pendekatan seperti ini bertujuan untuk memastikan Anak Angkat yang menerima penajaan seperti ini sentiasa mendapat perhatian serta keselesaan di dalam sesi pembelajaran di sekolah mahu pun di rumah.

“Setiap pelaburan yang dilakukan memerlukan pulangan yang setimpal dengan pencapaian yang cemerlang dalam sahsiah diri individu itu untuk memenuhi peluang-peluang sedia ada bagi meningkatkan ekonomi Negara”.

Turut bersama dalam perjumpaan ini tadi Tn. Hj Fauzan Sukimi, Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Onn dan Hjh Aishah Ahmad Guru Kaunselor sekolah berkenaan.

 

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.