Kami Anak MARA

Dr Mior Safuan Mior Yaccob (tengah) bersama keluarga semasa pendaftaran anaknya di MRSM Ulul Albab Sungai Besar, Selangor.

Oleh : Ziela Amin
media@mara.gov.my

Laungan itu menarik perhatian kami untuk mencari milik siapakah suara itu. Beliau yang dikenali sebagai Dr Mior Safuan Mior Yaccob merupakan seorang doktor yang periang, tidak lokek senyuman malah ramah orangnya dan berasal dari Besut Terengganu. Beliau yang memiliki sebuah poliklinik di Nilai Negeri Sembilan turut berkongsi pengalaman belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan berasa bangga memperkenalkan semua ahli keluarganya yang juga merupakan anak MARA dan belajar di MRSM.

“Kami bangga menjadi anak MARA, dan percaya MRSM adalah institusi pembangunan modal insan yang lengkap dan holistik, juga mempunyai sistem pendidikan terbaik bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan bersahsiah tinggi” ujarnya penuh semangat.

Beliau yang kami temui pada Hari Pendaftaran MRSM Sungai Besar baru-baru menzahirkan rasa yakin dan percaya bahawa MRSM merupakan platform terbaik dan medium penting dalam melahirkan generasi yang berketerampilan mulia, bertongkatkan nilai-nilai keperibadian yang utuh serta mampu bersaing di pentas global.

Dr Mior merupakan bekas pelajar MRSM Kulim dan isteri Norzihan Musannef seorang optometris juga adalah bekas pelajar MRSM Beseri. Manakala tiga anaknya Mior Ahamad Haiqal adalah bekas pelajar MRSM Taiping, Maizatul Farahana bekas pelajar MRSM Muar dan Mior Atiq Darwish Tingkatan 4, baru mendaftarkan diri di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.

“Saya berharap anak-anak mendapat pendidikan terbaik dari segi sahsiah, sosial dan agama bagi menggalas tanggungjawab yang lebih besar di luar sana nanti, kami hanya perlu memantau dari semasa ke semasa kerana kami yakin dengan kebolehan guru-guru MRSM ini,” jelas Norzihan.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.