PELAJAR GIATMARA HULU LANGAT AKTIF MEMBINA JARINGAN KEUSAHAWANAN BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

Pelajar jurusan automotif sedang menjalani latihan praktikal di bengkel GIATMARA

HULU LANGAT, 9 Januari – GIATMARA sentiasa memastikan kebolehpasaran pelajar dari GIATMARA sentiasa kekal relevan dalam sektor industri yang berterasakan kemahiran aliran Technical and Vocational Education (TVET).

Menurut pengurus GIATMARA Hulu Langat, Puan Asma Laini Mohamed Asary, konsep pendidikan di GIATMARA yang memfokus dan menekankan pembelajaran secara praktikal bagi menyediakan pelajar yang cemerlang kemahiran atau pun ‘cerdik-tangan’ berbanding pelajar cemerlang akdemik adalah bagi tujuan memenuhi permintaan guna pakai tenaga kerja separa mahir dan mahir mengikut kehendak industri. “Saya perlu pastikan pasukan saya sentiasa bergerak aktif dengan memastikan penglibatan mereka bersama komuniti setempat diterima baik.” kata beliau semasa memberi taklimat kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar BandaYB Tuan Sivarasa Rasiah, pada lawatan kerja beliau di GIATMARA Hulu Langat hari ini.

GIATMARA Hulu Langat adalah salah satu pusat GIATMARA yang bergerak secara proaktif dengan sentiasa mengadakan libat urus bersama agensi dan industri setempat dengan menempatkan pelajar-pelajarnya di pelbagai agensi dan industri di sekitar daerah Hulu Langat dan Kajang sekurang-kurangnya bagi tempoh sebulan untuk mendapatkan pengalaman sebenar suasana berkerja dan mengaplikasikan apa yang dipelajari secara terus.

Menurut Puan Asma lagi, perancangan beliau terbukti berkesan dengan undangan dari pihak sekolah disekitar Hulu Langat dan Kajang bagi memberi penerangan dan mengadakan demonstrasi latihan. Yang lebih menarik, penerangan dan demonstrasi turut melibatkan pelajar GIATMARA sendiri bagi memberi pendekatan yang berimpak positif kepada pelajar sekolah. Juga kepercayaan dari agensi luar seperti Maybank, pejabat Tabung Haji dan agensi Sime Darby Convention Centre yang sentiasa menempah pelbagai juadah dan masakan daripada mereka pada majlis-majlis tertentu.

Pengurus GIATMARA Hulu Langat itu turut memastikan lepasan dari GIATMARA ini mampu pergi lebih jauh dalam sektor penyediaan makanan dengan memastikan pelajar-pelajarnya mendapat peluang menjalani latihan praktikal dan seterusnya diterima berkerja seperti di Impiana Golf Resort, Kajang, Majlis Perbandaran Kajang, dan Sime Darby Convetion Centre. Manakala pusat servis Proton dan Kawasaki Motors juga memberi kepercayaan dengan menerima pelajar GIATMARA menjalani latihan praktikal bersama mereka dan seterusnya mengambil mereka berkerja megikut keperluan semasa.

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh YB Sivarasa Rasiah apabila beliau amat kagum dengan peranan pelajar GIATMARA Hulu Langat yang dapat mengguna pakai secara terus latihan kemahiran yang dipelajari ketika masih dalam pengajian melalui pelbagai program seperti program Tanggungjawab Sosial Masyarakt (CSR) dengan menyediakan khidmat baik pulih kenderaan secara percuma kepada komuniti dan menerima tempahan jahitan pakaian atau pakaian seragam kepada agensi dan industri di sektiarnya. Ini bukan sahaja menjana pendapatan para pelajar semasa masih lagi dalam pengajian tetapi yang lebih utama mendapat kepercayaan masyarakat bahawa lulusan GIATMARA menjanjikan peluang pekerjaan dan mampu mencipta keusahawanan di kalangan yang ‘cerdik-tangan’.

Ini terbukti dengan 12 usahawan yang berjaya diwujudkan dan 10 pelatih sedia ada yang terlibat dalam persediaan sebagai usawahan digital melalui e-Usahawan sepanjang Program Pembangunan Keusahawan GIATMARA 2018.

GIATMARA Hulu Langat yang terletak di daerah Kajang menawarkan tiga bidang kursus peringkat persijilan dan juga sijil kompetensi iaitu Sijil Kemahiran Malaysia hingga ke Tahap 2 iaitu Jahitan dan Pembuatan Pakaian, Automotif dan Penyediaan Makanan dan Pramusaji dengan pengambilan seramai 60 pelajar pada setiap sesi.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.