Untuk makluman, pihak MARA telah pun mengiklankan permohonan kemasukan pelajar baru ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2019 bagi tingkatan 1 secara atas talian pada 12 September yang lalu dan ditutup pada 4 Disember 2018. Sebanyak 70,000 permohonan telah diterima oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), berbanding hanya 7,760 tempat yang ditawarkan.
Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Sila sahkan penerimaan/penolakan menerusi sistem dan mencetak surat tawaran rasmi melalui pautan dibawah.
Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama. Rayuan secara online sahaja yang diterima sebagai rayuan rasmi.
Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh yang telah diberi dalam SMS. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.