UniKL RCMP menyelami kehidupan Orang Asli

Warga UniKL bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli suku Temiar dalam program Jelajah Etnik di tiga kampung Orang Asli di Tapah, Perak baru-baru ini.

MENYANTUNI. Seramai 86 warga Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak (RCMP) yang terdiri daripada mahasiswa Teknologi Farmaseutial dan pensyarah menjayakan program Jelajah Etnik di tiga perkampungan Orang Asli di Tapah, Perak baru-baru ini.

Pensyarah Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia, Ibrahim Ahmad berkata, ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat peserta untuk mengenali kehidupan Orang Asli suku Temiar secara lebih dekat.

“Rata-rata mahasiswa UniKL RCMP teruja dengan sejarah dan kehidupan Orang Asli di Kampung Batu 5, Kampung Sungai Chedun dan Kampung Sungai Odak.

“Program ini juga berjaya mengubah persepsi pelajar yang sebelum ini mengangap masyarakat Orang Asli masih mundur,” katanya.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/komuniti/unikl-rcmp-menyelami-kehidupan-orang-asli-1.803401

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.