Kolaborasi MARA STTT Bandung Perkasa Industri Fesyen

Oleh Ziela Amin
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 7- MARA menerima kunjungan balas delegasi Politeknik (Sekolah Tinggi Textile Technology) (STTT) Bandung, Indonesia seramai 18 orang yang diketuai oleh Puan Tina Martina, Direktur Politeknik STTT Bandung, telah hadir ke Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.

Kunjungan balas ini adalah bertujuan untuk melihat potensi kerjasama diantara Politeknik STTT Bandung dan KKTM Rembau dalam bidang industri fesyen dan tekstil seperti program penyelidikan bersama, pertukaran pelajar, seminar atau persidangan bersama di bidang industri fesyen dan tekstil.

Menurut Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tuan Haji Mahzan Teh berkata, pertemuan ini bukan sahaja untuk membincangkan halatuju dan kerjasama diantara kedua negara tetapi juga mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan seperti penggunaan perisian komputer dalam menghasilkan rekabentuk dan jenis sulaman.

“Pastinya ini merupakan platform yang sangat baik bagi pelajar kita untuk menembusi industri antarabangsa,” kata Mahzan.

Terdahulu, Nur Farhana Mohd Puzi dan Mohd Saad Yusof merupakan pensyarah KKTM Rembau dan IKM Alor Star sebagai wakil MARA menghadiri kursus pendek Reskilling the Teaching Staff of Diploma Technopreneur and Diploma in Fashion Design di Bandung, Indonesia.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.