Budaya Inovasi Cetus Kejayaan MARA

PUTRAJAYA, 4 Disember – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan bagi kategori pengurusan kewangan, pengurusan keselamatan dokumen, pengurusan pejabat terbaik, penilaian outcome terbaik, anugerah inovasi perkhidmatan awam (pengurusan) dan (teknikal) sempena Hari Inovasi anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Sambutan Hari Inovasi KPLB ini diadakan setiap tahun oleh kementerian dalam mencerminkan kerjasama antara warga selain membudayakan kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap.

Pada majlis tersebut, sebanyak 6 kategori anugerah inovasi dipertandingkan, MARA telah berjaya memenangi 5 kategori dan bagi kategori Penilaian Outcome Terbaik MARA menyapu bersih dengan tempat pertama, kedua dan ketiga.

Senarai penuh kejayaan MARA sempena Hari Inovasi KPLB 2018 adalah seperti berikut:

Penganjuran Hari Inovasi ini telah membuktikan komitmen dan usaha warga kementerian dan agensi di bawahnya berkongsi idea-idea baharu dalam menambahbaik sistem penyampaian untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar berpaksikan kepada inovasi dan kreativiti bagi menghasilkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap.

This entry was posted in Berita Kejayaan, Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.