CEO Asia Aerotechnic raih Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik KPLB 2017

Mohd Roslan Ismail (kanan) bersama trofi dan sijil setelah dinobat sebagai
Ketua Pegawai Eksektif Terbaik KPLB 2017

Oleh zuraini@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 13 November – CEO Asia Aerotechnic Sdn. Bhd. (AAT), Mohd Roslan Ismail berjaya meraih Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) 2017 dalam Majlis Anugerah Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik KPLB 2017 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Roslan berkata anugerah ini dilihat sebagai pemangkin semangat bekerja buat dirinya dan warga kerja AAT serta ia dapat memberi impak positif dalam bidang aeroangkasa.

Penganjuran majlis anugerah ini merupakan salah satu bentuk penghargaan dan motivasi kepada anak syarikat di bawah KPLB untuk lebih terus meningkatkan prestasi dan mengekalkan tadbir urus korporat yang terbaik serta ia menjadi penggerak kepada perancangan agensi untuk membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar dan usahawan Bumiputera.

Dalam majlis yang sama, turut diumumkan Anugerah Syarikat Terbaik Kategori Modal Berbayar Kurang RM5 Juta yang dimenangi oleh Felcra Niaga Sdn. Bhd., Anugerah Syarikat Harapan (Kategori Modal Berbayar Kurang RM5 Juta) dimenangi oleh Felcra Processing and Engineering Sdn. Bhd., Anugerah Syarikat Terbaik (Kategori Modal Berbayar RM5 Juta dan Ke atas) dimenangi oleh Ketengah Perwira Sdn. Bhd. dan Anugerah Syarikat Harapan (Kategori Modal Berbayar RM5 Juta Ke atas) dimenangi oleh Risda Security and Services Sdn. Bhd.

Anugerah-anugerah ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun.

AAT merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bergiat aktif dalam bidang ‘Maintenance Repair and Overhaul’ (MRO) pesawat. Selain itu, AAT juga merupakan ‘Teaching Hospital’ yang menyediakan tempat latihan praktikal (On Job Training – OJT) bagi memenuhi keperluan asas pelatih-pelatih untuk mendapatkan kelayakan Licensed Aircraft Engineers (LAEs).

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.