Tuisyen Rakyat YPM-Celcom Axiata beri manfaat calon SPM luar bandar

MD Ysahrudin (berbaju batik) beramah mesra bersama para peserta Tuisyen Rakyat Yayasan Pelajaran MARA.

oleh Yusof Ahmad @ YPMJohor

MUAR, 7 November – Seramai 2,900 calon Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dari 29 pusat di kawasan luar bandar seluruh Malaysia telah menerima manfaat Tuisyen Rakyat Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM) tajaan Celcom Axiata Berhad berjumlah lebih RM 1 juta.

Menurut Ahli Dewan Negeri Bukit Naning, Md Ysahrudin Haji Kusni, program ini amat signifikan dalam usaha berterusan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Program seumpama ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan dengan menjadikan pendidikan sebagai tunjang utama ke arah pembentukan sebuah negara maju yang mapan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan perasmian penutupan program itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Celcom Axiata Berhad atas keprihatinan untuk tampil menghulurkan tajaan kepada program ini.

“Diharapkan lebih banyak badan-badan korporat tampil mengambil tanggungjawab sosial dengan menaja program ini pada masa hadapan memandangkan tuisyen ini telah terbukti berjaya membantu pelajar kurang berkemampuan di luar bandar meningkatkan kecemerlangan akademik mereka,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan kit peperiksaan kepada 100 orang pelajar kurang berkemapuan sekitar daerah Muar sumbangan dari Yayasan Pelajaran MARA.

Turut hadir dalam ke majlis adalah Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, Ketua Bahagian Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria serta Pengurus Jualan Zon Selatan Celcom Axiata Berhad, Razali Abu Bakar.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.