Ekspo INOTEKDESA bermula 15 November

Rina pada Taklimat Media sempena Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa (INOTEKDESA) 2018, di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, semalam.

MITC Ayer Keroh Melaka, bakal dimeriahkan dengan Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa (INOTEKDESA) yang akan berlangsung minggu hadapan selama 4 hari bermula 15 November.

Ekspo di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu bakal menjadi platform memperkenalkan dan mengetengahkan inovasi, teknologi, aplikasi terkini serta model baharu perniagaan bagi melahirkan usahawan desa yang lebih inovatif, progresif dan berdaya saing.

Paling penting, matlamat untuk melihat landskap ekonomi luar bandar mampu melonjakkan perniagaan desa ke peringkat global tercapai.

Rina diterangkan oleh Pengasas Asfarena tentang Mesin Jahit Teknologi 4.0 yang berhubung dengan “bluetooth” ketika melawat gerai pempamer.

INOTEKDESA juga menemukan usahawan desa dengan pembekal teknologi dan hasil inovasi dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran serta penghasilan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Penganjuran INOTEKDESA merangkumi pameran inovasi, teknologi, jualan produk dan perkhidmatan, pembiayaan dan aktiviti tarikan pengunjung.

Ia sekali gus membuka peluang kepada syarikat besar menjadi penaja dan pempamer produk mereka.

Apa yang menarik di sana?

* 400 pempamer mengambil bahagian

* Sesi Townhall Usahawan Desa bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun

* Dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

* Program ‘pocket talks’ yang melibatkan perkongsian pengalaman usahawan berjaya

* Program ‘business matching’ bersama pengeluar, pembekal, pemasar dan institusi pembiayaan.

Rina berkesempatan melihat salah satu produk mesin yang dipamerkan.

Program yang mensasarkan RM10 juta termasuk jualan mesin-mesin dan teknologi itu bertemakan Inovasi Pemacu Produk Berkualiti.

INOTEKDESA membuka ruang kepada pempamer yang menawarkan mesin berteknologi tinggi terkini dan berinovasi moden untuk memberi pilihan kepada golongan usahawan yang ingin mendapatkan mesin bersesuaian sekali gus dapat menghasilkan produk lebih berkualiti dan berinovasi.

Maklumat lanjut INOTEKDESA boleh diakses menerusi http://www.ruralink.gov.my, Facebook KPLB dan Instagram serta Twitter kplb_gov.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/ekspo-inotekdesa-bermula-15-november-1.901745

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.