Kerjasama Celcom Axiata Berhad Bersama YPM “Pencetus Kecemerlangan Masa Depan Anak Bangsa”

JASIN, 4 November – Pendidikan merupakan elemen penting dalam menentukan hala tuju masa depan pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian dalam peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM. Melalui tangungjawab bersama, maka Program Tuisyen Rakyat YPM di bawah tajaan pihak Celcom Axiata Berhad terus bertambah. Majlis Perasmian Penutupan Tuisyen Rakyat YPM di bawah tajaan Celcom Axiata Berhad ini telah disempurnakan oleh Encik Areehan Abdullah, Ketua Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad.

“Pada awalnya hanya 2 pusat sahaja di laksanakan iaitu di MRSM Bentong dan MRSM Lenggong. Bagi tahun 2018 ianya telah ditambah kepada 29 pusat dengan melibatkan MRSM terpilih di seluruh Negara setelah terbukti program ini mampu melonjakkan pencapaian yang cemerlang”, katanya ketika merasmikan Penutupan Tuisyen Rakyat YPM di bawah tajaan Celcom Axiata Berhad di MRSM Tun Ghaffar Baba.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Pelajaran MARA kerana sentiasa komited dalam membentuk hala tuju anak bangsa.

Turut hadir di majlis ini, Tuan Haji Satari Mohd Hashim, Pengetua MRSM TGB, Encik Zainal Rashid Zakaria, Ketua Bahagian Dana YPM, Encik Mohd Zamri Abd Malek, Pegawai MARA Daerah Jasin, Puan Aisyah Toha, STO MARA Negeri Melaka, Encik Nasaruddin Rahmat, Unit HEM Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Pengetua-Pengetua dari 4 buah sekolah menengah terlibat.

Sumber : FB Yayasan Pelajaran MARA

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.