Gembira berbaur sedih ambil sijil, anak sudah tiada

PUTRAJAYA, 18 Oktober – Ia satu pengalaman bercampur baur bagi ibu bapa, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anaknya pada Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang ke-15 baru-baru ini.

Ibu bapa itu beratur bersama-sama dengan graduan muda yang lain tetapi mereka melakukannya untuk anaknya yang meninggal dunia.

Jauh di sudut hati, mereka amat berbangga dengan kejayaan anaknya tetapi pada masa yang sama mereka sedih.

Ibu bapa inilah yang menggalakkan anaknya untuk belajar di UniKL kerana merasakan ia menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik dan dapat membantu keluarga suatu hari nanti. Namun apakan daya, ajal dan maut, Allah yang tentukan.

Sempena majlis berkenaan, seramai 7,987 graduan UniKL telah menerima ijazah Doktor Falsafah, sarjana muda dan diploma dari pelbagai bidang.

Takziah kepada yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya, Al-Fatihah.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.