KPM Bandar Penawar Ungguli Futsal Piala Pengarah MARA Negeri Johor

Nor Hashimi (berdiri empat dari kiri) bersama pasukan juara Kejohanan Futsal Piala Pengarah MARA Negeri Johor, KPM Bandar Penawar

oleh Suhaimi@MARAJDT

Pontian, 15 Oktober – Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Futsal Piala Pengarah MARA Negeri Johor bagi Kategori Lelaki apabila menumpaskan MRSM Mersing pada aksi final  di gelanggang futsal Majlis Daerah Pontian.

Sementara itu, bagi Kategori Wanita pula telah diungguli oleh pasukan Pejabat MARA Negeri Johor apabila berjaya mengetepikan cabaran MRSM Johor Bahru.

Kejayaan muncul sebagai juara membolehkan kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai RM400, trofi dan medal iringan.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, pertandingan anjuran  MARA Negeri Johor bersama Kelab Guru & Kakitangan MRSM Tun Dr. Ismail, Pontian sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2018 ini telah berjaya menarik 20 pasukan dari IPMA & anak syarikat MARA Johor  termasuk satu pasukan jemputan iaitu Bank Rakyat Cawangan Benut, Pontian.

“Menurut Pengarah MARA Johor  , Nor Hashimi Mahat, kejohanan ini juga bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan futsal sebagai persediaan pasukan MARA Johor ke Kejohanan Futsal MARA SeMalaysia yang akan diadakan tidak lama lagi di Kuantan, Pahang,” katanya.

Tambahnya lagi, MARA Johor sentiasa merancang aktiviti seumpama ini secara berkala dalam menerapkan budaya hidup sihat kepada warga MARA Johor dan diharapkan kejohanan akan datang dapat menarik lebih banyak penyertaan daripada pusat pentadbiran MARA di negeri ini.

“Kejohanan seumpama ini amat penting kita adakan secara berkala kerana  bukan sahaja dapat menerapkan amalan gaya hidup sihat melalui acara sukan bahkan yang lebih penting mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan dalam kalangan warga kerja MARA Johor,” ujarnya lagi.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.