Kunjungan Muhibah Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan

Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat (empat dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama Exco Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

oleh Maslani@KotaTinggi

Johor Bahru, 9 Oktober – MARA Negeri Johor hari ini menerima kunjungan muhibah Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Presidennya, Mazlan Aliman.

Antara tujuan kunjungan ini adalah membincangkan bentuk kerjasama antara MARA dan ANAK dalam memperkasakan masyarakat FELDA negeri ini terutamanya dalam konteks keusahawanan dan pendidikan.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, kunjungan hari ini amat bermakna kerana melalui perbincangan yang dilakukan telah membuka pelbagai ruang kerjasama antara MARA dan ANAK dalam memperkasakan lagi ekonomi masyarakat FELDA.

“Selaku agensi yang dipertanggungjawab memperkasakan ekonomi masyarakat luar bandar, MARA amat berterima kasih atas keterbukaan ANAK untuk bekerjasama merangka pelbagai program keusahawanan dan pendidikan yang memberi manfaat kepada penduduk FELDA di negeri ini dalam usaha memartabatkan lagi kedudukan ekonomi mereka ke arah yang lebih baik,” katanya.

Kunjungan ini turut disertai oleh lima orang EXCO ANAK serta Pegawai MARA Daerah Kota Tinggi, Maslani Mislan.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.