
Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat (enam dari kanan) bersama sebahagian usahawan Selera Johor, Plaza Larkin yang menerima Anugerah Persijilan Bess.
oleh Saiful@MARAJDT
Johor Bahru, 7 Oktober – Seramai 18 orang usahawan Selera Johor, Plaza Larkin. menerima Anugerah Persijilan “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS) 2018 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena Karnival Keselamatan Makanan Negeri Johor 2018 di sini hari ini.
Anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Petanian Negeri Johor, YB Dr. Saharuddin Jamal.
Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, persijilan ini merupakan satu pengiktirafan kepada pengusaha Selera Johor dalam konteks mutu penyediaan makanan yang terjamin kualiti dan kebersihannya kepada pengguna.
“Selain daripada jaminan kualiti dari sudut penyediaan makanan, pelbagai usaha telah dilaksanakan seperti penyediaan tempat yang kondusif di samping perkhidmatan yang pantas seperti pelaksanaan bayaran menggunakan aplikasi telefon pintar di Selera Johor ini,” katanya.
Untuk rekod, persijilan BeSS merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada premis makanan bagi menggalakkan pengusaha mengekalkan premis yang bersih, menyediakan makanan yang selamat dan pilihan makanan yang lebih sihat kepada pelanggan.