MRSM JELI RANGKUL EMAS ANUGERAH HARTA INTELEK (AHIN) 2018

Oleh : Ziela Amin
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 1 Oktober – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jeli berjaya merangkul pingat emas Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2018 peringkat kebangsaan kategori Perekacipta Muda Harta Intelek yang berlangsung pada 13 September 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Menurut guru MRSM Jeli juga selaku penyelaras pasukan, Mohammad Rahimy Fitry Ismail, kejayaan tersebut diperoleh menerusi kerjasama pasukan dalam menghasilkan inovasi Nypa Fruitican Endorscarp Composite with Ceiba Pentandra (UPR-CS- NFFE composite with Ceiba petandra) dan menemukan alternatif baru bagi menggantikan habuk kayu yang kurang ketahanan kepada air menggunakan buah nipah yang sebelum ini dilihat kurang bernilai.

“Kami sepasukan amat bangga dengan kejayaan ini dan berjaya membawa inovasi MRSM ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya

Tambah beliau, penggunaan tempurung kelapa dan kekabu dari pokok kapok yang lebih tahan dan kalis air menjadikan inovasi ini faktor utama kejayaan.

“Kami berharap dengan kejayaan ini dapat menaikkan semangat pasukan MRSM Jeli untuk terus berkarya dan mampu bersaing di pertandingan inovasi akan datang,” katanya lagi.

Pasukan MRSM Jeli berjaya membawa pulang pingat emas, piala WIPO, piala AHIN, Dana Patern, sijil serta wang tunai RM6,000.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.