Oleh : mfadhly
media@mara.gov.my
KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Dr. Hasnita Dato’ Hashim hari ini memulakan tugasnya sebagai Pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Beliau yang tiba di Ibu Pejabat MARA pada 9.00 pagi hari ini disambut oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf serta ahli pengurusan yang lain.
Dr. Hasnita sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Maybank Asset Management Group dan ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Dr. Awang Adek.