Warga MARA JDT Tawan Gunung Lambak

oleh – Suhaimi@MARAJDT

KLUANG, 29 September – Seramai 10 orang warga MARA JDT memperoleh pengalaman bermakna apabila berjaya menawan puncak Gunung Lambak di sini hari ini.

Dianjurkan oleh Badan Kebajikan & Kakitangan MARA Negeri Johor, aktiviti pendakian dilihat satu usaha murni dalam mendedahkan warga MARA JDT dengan riadah dan rekreasi yang memberi impak positif kepada kesihatan.

Menurut Ketua Pasukan, Mohd Hasraff Jamal, aktiviti ini juga dilaksanakan dalam usaha mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat berpasukan dalam kalangan kakitangan warga MARA JDT.

“Kami mengharapkan kejayaan yang ditempuh oleh kumpulan pertama aktiviti pendakian ini akan menarik lebih ramai lagi kakitangan MARA JDT untuk turut serta dalam aktiviti yang akan datang,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka amat bersyukur atas kelancaran pendakian ini yang mana mereka telah berjaya ke puncak gunung dan turun ke bawah selama tiga jam tanpa sebarang masalah.

“Tahniah pada semua yang terlibat atas semangat yang telah ditunjukkan dan semoga kejayaan hari ini menjadi titik tolak untuk perancangan kepada aktiviti yang lebih mencabar pada masa hadapan,” katanya lagi.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.