MARA juara pertandingan kawad kecekapan ERT

Ahli Pasukan : Muhamad Na’im Bin Ghazali (ketua pasukan), Mohamad Izzuan Bin Iskan , Che Eddy Azhar Bin Che Zolkepeli , Mohd Faizal Bin Halipah, Mohamad Hairi Bin Salim, Norazizi Bin Mohamed. Pengurus Pasukan : Saiful Zehan Bin Mohd Jabar , Sri Yanti Binti Sikirman

KUALA LUMPUR, 25 September – Pasukan MARA Emergency Response Team (MERT) muncul juara bagi pertandingan kawad kecekapan Emergency Response Team (ERT) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut pengurus pasukan, Saiful Zehan Mohd Jabar, pihak kami amat berbangga dengan pencapaian yang diperoleh semua ahli pasukan MERT untuk pertandingan tersebut.

Tambah beliau, kejayaan mereka itu perlu mendapat pujian atas usaha keras sebagai persediaan selama beberapa minggu untuk mendapatkan rentak terbaik dalam landasan kawad kecekapan.

“Alhamdulillah, pasukan MERT kami berjaya mendapat tempat terbaik dalam kawad kecekapan kali ini dan sudah pasti ia membanggakan MARA.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan terlibat serta MARA yang memberikan sokongan terhadap setiap aktiviti mereka.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan masa depan,” katanya.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.