MARA Bantu Usahawan Mangsa Tsunami

(Dari kiri) Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf menerima simbolik premis gerai oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pasca Bencana NADMA Malaysia, Dato’ Haji Mohammad Yusoff Wazir disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pulau Pinang, 24 September – 18 unit premis gerai di kawasan penempatan semula mangsa tsunami 2004 di kawasan Taman Kuala Muda diserahkan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi membantu usahawan-usahawan di kawasan itu memulakan perniagaan mereka.

MARA diamanahkan mengurus premis gerai ini sebagai tanggungjawab sosial MARA kepada komuniti setempat di samping memberikan kemudahan keusahawanan yang disediakan oleh MARA.

Penyerahan premis gerai ini adalah projek inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggunakan khidmat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

This entry was posted in Korporat, Usahawan. Bookmark the permalink.