Interior Design & Enhancement Programme

Johor Bahru, 25 September – MARA Negeri Johor bakal mengadakan “Interior Design & Enhancement Programme” dalam usaha memantapkan lagi keupayaan kontraktor pereka hiasan dalam.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, program yang akan diadakan di Plaza Larkin pada 9-11 Oktober ini merupakan satu program holistik merangkumi teori & praktikal, hiasan dinding & dalaman serta kabinet berkonsepkan “Do It Yourself” (DIY).

“Program ini telah disusun dengan rapi yang mana para peserta bakal didedahkan dengan teknologi-teknologi terkini dalam bidang hiasan dalaman bahkan mereka yang mengikuti program ini layak menerima 20 mata CCD,” katanya.

Hashimi menjelaskan bahawa para usahawan perlu mengambil peluang menyertai program dalam mempertingkatkan lagi keupayaan perniagaan mereka.

“Kami menjemput usahawan berkaitan menyertai program ini memandangkan tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja,” katanya lagi.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.