Oleh: Hisyam Baker@MARA Johor
Ayer Keroh, 22 September – Rombongan seramai 33 orang yang terdiri daripada usahawan dan bakal-bakal usahawan dari Kluang, Johor mengambil peluang keemasan meneroka peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan di Program Memacu Ekosistem, Rangkaian dan Capaian Usahawan (MERCU) Peringkat Zon Selatan anjuran MARA.
Menurut Ketua Rombongan, Hafizah Ahmad, program seumpama ini amat baik untuk membuka jalan kepada terutamanya kepada usahawan-usahawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan dalam mendapatkan idea-idea pemasaran, rangkaian kerjasama dan informasi bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh agensi seperti MARA, SME Bank, TEKUN dan sebagainya.
Tambahnya lagi, banyak acara menarik yang boleh didapati dalam program ini seperti Klinik Usahawan, Seminar Usahawan, Permadanan Perniagaan, Pameran Perniagaan dan Jualan, Food Truck Fest dan macam-macam lagi.
“Saya berharap agar Program MERCU dijadikan program tahunan dan mungkin boleh diadakan di setiap negeri di masa akan datang,” katanya
Program MERCU Peringkat Zon Selatan yang akan berakhir pada 23 September 2018 menyajikan pelbagai aktiviti menarik dan peluang-peluang perniagaan yang tidak patut dilepaskan oleh usahawan-usahawan di luar sana.