MERCU Platform Terbaik Bantu Usahawan

Kuala Lumpur, 19 September – Program Memacu Ekosistem, Rangkaian dan Capaian Usahawan (MERCU) yang dijadual berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka  menyasarkan 15 ribu pengunjung.

Program yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 September ini turut akan menghimpunkan seramai 400 usahawan MARA di seluruh Malaysia.

MERCU yang bertemakan ‘Aspirasi Keusahawanan Bumiputera’ akan memberi tumpuan khusus kepada usaha meningkatkan kapasiti syarikat, meluaskan akses pasaran produk hingga ke pasaran antarabangsa.

Menariknya, usahawan-usahawan diberi peluang melancarkan produk baharu dan penjenamaan produk menerusi platform MERCU ini.

Selain itu, syarikat yang berpotensi akan dipilih di sini untuk ke pasaran eksport. Sesi rundingan perniagaan (business matching) juga diadakan dan ia merupakan platform jaringan perniagaan terbaik antara pihak industri dengan hypermarket, pemasar dan pembeli bersama usahawan.

Majlis Perasmian MERCU dijadual akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina Mohd Harun, di MITC, 22 September ini.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Food Truck Fest, pertandingan Mobile Legend dan Do The Doodle, Godzilla Gathering, Battle Of The Band, pertandingan mewarna kanak-kanak Didi & Friends, Melaka Mega Zumba Challenge, Running Man Explorace @Foodtruckfest dan persembahan artis trio lagenda tempatan.

Rebutlah peluang untuk hadir bersama memeriahkan MERCU.

Info lanjut :
https://www.facebook.com/mercu.mara
https://www.instagram.com/mercu.mara
https://twitter.com/mercu_mara

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.