MARA JDT Mengorak Langkah Progresif

Para Pegawai MARA Negeri Johor bergambar kenang-kenangan semasa Program Kembara Mesyuarat dan Team Building di Pulau Tioman.

oleh a. nazirul, rico & baker @ MARA Johor

PULAU TIOMAN, 14 September – MARA Johor menyusun strategi yang progresif melalui program Kembara Mesyuarat dan Team Building yang diadakan selama 3 hari bermula 14 hingga 16 September di Damai Beach Resort, Pulau Tioman.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, program-program berbentuk ‘team building’ seperti ‘idea-pitching’ serta kembara pulau amat baik dalam meningkatkan kesefahaman dan kerjasama di samping mengeratkan lagi hubungan di antara warga kerja MARA Johor.

“Peranan setiap pegawai di MARA Johor perlu diperkasakan lagi dalam pelaksanaan program-program pembangunan usahawan ke peringkat yang lebih tinggi disamping aktiviti pendidikan yang memberi impak positif kepada anak-anak Bumiputera,” katanya.

Menurutnya lagi, perancangan program-program berbentuk pembangunan usahawan untuk tahun 2019 perlu dirancang dengan lebih awal supaya program yang dirancang mencapai matlamat utama iaitu melahirkan usahawan Bumiputera yang kompetetif dalam industri.

Program yang disertai oleh 52 warga kerja MARA Johor ini memperlihatkan pelbagai aktiviti menarik selain daripada mesyuarat iaitu melawat taman laut, sukaneka dan lawatan ke premis perniagaan pengusaha tempatan.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.