Dari Alor Setar Ke Manchester

Nur Syafiqah Azizan (kanan) menerima sijil anugerah di Majlis Graduasi Kolej MARA Seremban (KMS) 2018.

Oleh : Zahemi
media@mara.gov.my

Kesempitan dan kekurangan dalam kehidupan tidak mematahkan semangat Nur Syafiqah Azizan, anak seorang ibu tunggal melanjutkan pengajian di University of Manchester, United Kingdom dalam bidang perakaunan.

Beliau yang telah berjaya mendapat keputusan penuh 2A* dan 1A dalam peperiksaan Sijil Cambridge A-Level hampir tidak dapat menghadiri ke majlis graduasi disebabkan masalah kewangan. Namun, atas keprihatinan dan bantuan kaunselor Kolej MARA, Nurul Adha Abdul Latif, akhirnya beliau dapat menghadirinya ke majlis graduasi disebabkan masalah kewangan.

“Alhamdulillah. Bukan sahaja sumbangan dan bantuan yang diberi, malah kata semangat kaunselor Nurul Adha membuatkan saya hadir ke majlis graduasi ini,” katanya.

Tambah beliau, azam yang kuat terhasil apabila setiap kali melihat ibunya bersusah payah menyediakan keperluan belajar beliau dan adik-beradiknya dengan keadaan yang serba kekurangan.

“Semangat saya semakin kuat setiap kali melihat ibu terpaksa bertungkus-lumus menyediakan keperluan saya adik-beradik walaupun ibu hanya berniaga kecil-kecilan. Saya nekad untuk berjaya dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya yang juga penerima anugerah pelajar terbaik bidang perakaunan dalam Majlis Graduasi Kolej MARA Seremban (KMS) 2018.

Beliau amat menghargai bantuan MARA kerana telah memberi peluang untuk berjaya dalam sistem pendidikan MARA dan berharap agar ruang dan peluang ini berterusan dan diperluaskan khususnya kepada para pelajar daripada golongan yang senasib dengannya.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.