Deklamasi Sajak Pembakar Semangat Patriotisme

Para peserta program ‘Suara Kita Antologi Patriot’ bergambar bersama para juri jemputan dan jawatankuasa yang terlibat.

Oleh: Muhammad Muhyiddin @KKTM Ledang

Tangkak, 3 September – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang telah menganjurkan pertandingan deklamasi sajak, ‘Suara Kita Antologi Patriot’ sempena bulan Kemerdekaan bertempat di Dewan Al-Khindi, KKTM Ledang.

Menurut Pengarah KKTM Ledang, Fazli Rizal Ismail, penganjuran program ini bertujuan bagi mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar KKTM Ledang di samping menzahirkan semangat kecintaan dan patrotisme kepada negara.

“Seni budaya menggambarkan tata susila anak bangsa” tambahnya lagi selepas tamatnya pertandingan itu.

Erin Nur Ezanie sedang mendeklamasikan sajak pada program Suara Kita Antologi Patriot

Pertandingan yang bertemakan Hari Kebangsaan Ke-61 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’ itu menyediakan hadiah yang berupa wang tunai dan sijil penyertaan.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak oleh beberapa staf KKTM Ledang.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.