Karnival Keusahawanan Moh Gogar 2018 Platform Lahir Usahawan

Penyampaian sumbangan kepada wakil 30 orang asnaf dan 10 orang anak Syria NGO Cinta Syria Malaysia sebahagian aktiviti KKMG 2018

oleh: zuraini@mara.gov.my
media@mara.gov.my

Beranang, 5 Ogos 2018 – Kolej Profesional MARA Beranang (KPM) telah merealisasikan usaha ke arah menggalakkan kerjaya dalam bidang keusahawanan melalui platform Karnival Keusahawaan Moh Gogar (KKMG) 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos dalam melahirkan tenaga mahir usahawan terutamanya dalam para pelajar KPM itu sendiri.

Karnival Usahawan Moh Gogar 2018 merupakan program komprehensif dan holistik yang menzahirkan ekosistem pembangunan keusahawanan di kalangan usahawan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) dan usahawan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Seramai 50 orang alumni KPMB, 300 usahawan pelajar dan 100 usahawan PKS terlibat dalam menjayakan karnival di samping penganjuran 40 program keusahawanan yang merangkumi komponen Keusahawanan, Pendidikan, Community Engagement dan Tanggungjawab Sosial Koporat sepanjang karnival itu berlangsung.

Antara aktiviti-aktiviti menarik minat pengunjung seperti pameran dan jualan produk usahawan, Latihan Pembangunan Usahawan, Workshop Kemahiran, sesi perkongsian ilmu bersama usahawan berjaya, Forum Perdana, Larian Amal Palestin, Gulai Kawah Komuniti, Kids Colouring Contest, Derma Darah, Career Talk dan banyak lagi.

Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf berkata, KPM Beranang telah menghasilkan seramai 140 orang graduan melalui Young Entrepreneur Society (YES). Malahan, sejak Januari 2018 hingga kini sebanyak 131 buah syarikat telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan jumlah jualan terkumpul hampir RM300,000.00 dalam tempoh tersebut.

“Program seumpama ini menjadi titik tolak permulaan bagi memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka dalam bidang tersebut.” katanya dalam ucapan perasmian penutupan di sini, hari ini.

Aina Hanisah Md Hazri, pelajar semester 6 Diploma Perakaunan berkata, karnival ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pensyarah, usahawan dan para pelajar untuk mengembangkan potensi dan jaringan dalam bidang keusahawanan.

“Penganjuran KKMG 2018 ini memberi ruang dan peluang untuk bertukar-tukar pendapat, berkongsi idea dan pengalaman sekaligus mewujudkan business networking sesama mereka bagi merealisasikan hasrat ke arah pewujudan bangsa yang membudayakan keusahawanan” katanya.

Turut diadakan program CSR, KPM Beranang meraikan seramai 30 golongan asnaf dan 10 anak-anak Syria di bawah NGO Cinta Syria Malaysia dengan penyampaian sumbangan wang dan barangan keperluan harian.

Hadir sama ke majlis ini, Ahli Dewan Udangan Negeri Semenyih, YB Mohd Bakhtiar bin Mohd Nor dan ahli pengurusan MARA.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.