Ilham Farhana Minat Sukan Memanah Sejak Dari Kecil

Ilham Farhana (dua dari kanan) bersama guru pengiring dan rakan-rakan sukan memanah ketika Kejohanan Memanah Peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK)

Oleh : Ziela Amin
media@mara.gov.my

Kejohanan Memanah Peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) telah diadakan pada 13-15 Julai yang lalu bertempat di Padang SK King Edward VII (2) Taiping. Dalam kejohanan ini, seorang peserta dari MRSM Gerik, Ilham Farhana Abd. Halim telah menempa kejayaan merangkul pingat perak kategori Pasukan Campuran B15.

Menurut Farhana, beliau berhasrat untuk terus mengorak langkah dan memperkembangkan minatnya sekaligus membanggakan negara.

Guru pengiring, Mohd Khairis Harun berkata, Farhana bijak membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan berlatih memanah. Minatnya yang mendalam dalam sukan memanah tidak meghalang beliau untuk turut cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu, Farhana mempunyai sahsiah terpuji dan disenangi ramai.

Sukan memanah bergantung kepada fokus terhadap diri sendiri dan kemampuan membaca arah angin dengan baik. Bagi Farhana, beliau telah mendapat khidmat latihan memanah berpusat di SMK Tun Saban, Penghulu Hulu. Tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatihnya tidak disia-siakan memandangkan tidak ramai pelajar yang meminati sukan ini.

“Saya menyukai sukan memanah sejak dari kecil dan selalu impikan untuk terus mencipta nama dalam acara ini, tambahan pula kedua ibu bapa sentiasa menyokong minat saya ,” kata Farhana.

Tahniah dan syabas Ilham Farhana Abd. Halim.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.