Isi Hujung Minggu Anda Dengan Tarikan Menarik Di Karnival Apo Bondo Ehh!!@Beranang 2018

Budaya orang Jepun yang unik amat menarik perhatian semua. Jika sebelum ini hanya orang yang pergi ke Jepun sahaja mengenali budaya ini, kini anda boleh bertemu dan merasai pengalaman budaya orang jepun oleh pelajar-pelajar MARA-Japan Industrial Institute (MJII) di Karnival Apo Bondo Ehh!!@Beranang 2018.

Karnival ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dan mengukuhkan kerjasama antara MJII dengan IPT, sekolah, agensi/jabatan kerajaan, NGO dan masyarakat setempat.

Menariknya, pelajar-pelajar MJII diberi peluang mengendalikan karnival ini sepenuhnya untuk meningkatkan professionalisme dan kemahiran insaniah dengan masyarakat setempat dan secara tidak langsung dapat memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan mengalakkan penglibatan dalam mengendalikan program di luar kelas serta memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Penganjuran karnival diadakan secara bersama dengan Malaysia-Japan Higher Education Program (MJHEP) yang merupakan sebuah program di bawah kendalian UniKL IPROM dan Yayasan Pelajaran MARA.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan yang dapat memberi ilmu pengetahuan, kemahiran dan hiburan kepada pengunjung dari segenap lapisan masyarakat seperti program Keusahawanan, Kebudayaan Jepun, Khidmat Masyarakat Berimpak Tinggi (High Impact CSR),Program Kerohanian, Bicara Intelek dan Sukan.

29 program istimewa untuk pengunjung disediakan selama lima (5) hari bermula 7 hingga 11 Julai 2018. Karnival dijangka menarik pengunjung lebih 1000 orang yang terdiri daripda pelajar IPMa, IPT serta masyarakat setempat.

Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Karnival Apo Bondo Ehh!!@Beranang 2018.

This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.