MRSM Disaran Kerja Lebih Kuat

Oleh : Ziela Amin
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 4 Julai – Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah diadakan di Anjung Korporat, Tingkat 24, Medan MARA dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.

Majlis ini merupakan program tahunan Bahagian Pendidikan Menengah MARA bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada MRSM yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2017.

Menurut Azhar MRSM perlu bekerja lebih kuat dan lebih baik lagi bagi menyaingi dengan sekolah-sekolah yang sedia ada yang semakin maju.

Azhar turut menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2017 kepada 28 orang penerima dan dikuti dengan Anugerah Khas Pencapaian GPM Tertinggi iaitu MRSM Kubang Pasu, MRSM Langkawi dan MRSM Tun Ghafar Baba. Selain itu, seramai 9 orang pelajar penerima Anugerah IGCSE 2017 Top In The World Award turut diraikan.

“Pencapaian ini sebagai suatu ganjaran dan motivasi untuk pelajar, guru serta pihak pengurusan maktab untuk terus memberi komitmen yang tinggi untuk kecemerlangan maktab dalam bidang akademik amnya dan pencapaian SPM khususnya”, katanya lagi.

“Syabas dan tahniah kepada para pengetua, para pendidik dan pastinya pelajar-pelajar yang telah menerima anugerah kerana telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam akademik sama ada dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mahupun dalam peperiksaan program dwi sijil International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).”, kata Azhar.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.