UNIKL MEAL INITIATIVES (UMI) ERAT SILATURAHIM

Melaka, 8 Jun – Dalam melengkapi tuntutan ini, UniKL tidak melepaskan peluang dengan menganjurkan program UniKL Meal Inisiatives (UMI) dengan kerjasama kelab-kelab (ULTRAS) di UniKL MICET.

Program ini adalah satu inisiatif murni yang menyediakan Iftar pack berupa makanan percuma untuk berbuka seperti air, kurma dan roti kepada warga UniKL yang kurang berkemampuan dan juga kepada golongan yang memerlukan di sekitar komuniti UniKL.

Sempena Ramadhan tahun ini, pelajar UniKL MICET Puteri Nurdiana Asyiqin Ruslan bersama 6 rakan pasukannya Muhammad Farhan Mohd. Fozi, Muhammad Adhwa’uthaqif Sapuan, Mohd. Izzudin Taib M. Deros, Nor Azlina Ramlee, Norrahim Abu Bakar dan Muhammad Hariz Hazwan Md. Isa mengambil peluang mengabadikan kenangan berbakti bersama-sama dan menjadi sukarelawan bagi program UMI sekaligus mengeratkan silaturahim.

Pemenang pingat emas pertandingan 46th International Exhibition Of Inventions Geneva, Switzerland berkata, mereka sudah lama merancang untuk mencurahkan bakti dan berbuka bersama sekaligus meraikan kemenangan mereka baru-baru ini. 2018, kejayaan terbesar UniKL MICET adalah apabila berjaya meraih pengiktirafan dalam pertandingan inovasi terkemuka yang berlangsung di Geneva, Switzerland iaitu 46th International Exhibition Of Inventions Geneva.

Pensyarah yang juga penasihat projek, Mohd. Edyazuan Azni berkata, kejayaan ini merupakan kerja keras pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah Teknologi Kejuruteraan Kimia. Mereka telah mengharumkan nama UniKL MICET setelah berjaya meraih pingat emas (dengan kepujian juri) dan dua anugerah khas dari Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi dan World Intellectual Property Organization (WIPO).

Menurut Puteri Nurdiana, walau berjauhan daripada keluarga, namun kemeriahan berbuka tetap dirasai, disamping dapat berbakti kepada masyarakat.

“Ramadhan tahun ini sangat bermakna kerana saya dapat beramal bersama dengan rakan-rakan. Diharap rakan-rakan yang lain dapat membuat perkara yang sama dengan seikhlas hati dan membantu golongan yang mermerlukan,” katanya.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.