Terus Bantu Golongan Memerlukan

oleh Azmaen Zain, Zaihusny Mat Husin & Ahmad Nazirul Abd Majid
@ MARAJDT

MARA Johor meneruskan program turun padang bagi membantu golongan asnaf dalam usaha mengurangkan beban mereka sempena Aildilfiri yang menjelang tiba.

Inisiatif seumpama ini bukan sahaja mampu mengurangkan beban penerima sempena musim perayaan malah mengeratkan lagi ukhwah dan huhungan silaturrahim antara agensi kerajaan bersama rakyat.

Di Johor Bahru, dua orang asnaf iaitu Norhayati Kamarruddin (40) dan Arneely Mohd Hussin (36) telah menerima bantuan berupa barangan keperluan asas yang disumbangkan oleh warga kerja MARA Johor.

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Pengarah MARA Negeri Johor, Zafrina Abdullah.

Di Batu Pahat, Pejabat MARA Daerah dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA meneruskan program khidmat masyarakat apabila menyalurkan bantuan hari raya kepada empat orang penerima.

Menurut Pegawai MARA Daerah Batu Pahat, Azmaen Zain, penerima terdiri daripada Salinah Selamat (51), Norsarena Sahrin (37)Saripah Pardi (49) serta Halus@Nurhanim Mokri (52), masing-masing dari Kampung Parit Simen, Kampung Parit Peserai Kecil, Kampung Parit Daun dan Kampung Parit Burah.

Di Kulai pula, seramai enam (6) orang keluarga dari golongan asnaf telah menerima sumbangan keperluan asas harian harian seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.

Menurut Pegawai MARA Daerah Kulai, Zaihusny Mat Husin, pada masa yang sama, penerangan berkenaan peluang-peluang pendidikan di MARA yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak golongan ini turut disampaikan.

“Berkonsepkan Ramadhan Raikan Aidilfitri, program ini turut dimeriahkan dengan sumbangan bubur lambuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai,” katanya.

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.