KKTM Ledang turun padang santuni asnaf

Tangkak, 10 Jun – SAIKEL KKTM Ledang Cycling Team dan Badan Kebajikan Staf KKTM Ledang dengan kerjasama Baitulmal Daerah Tangkak telah turun padang menyantuni asnaf – asnaf di sekitar Daerah Tangkak dan memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian bagi kegunaan mereka untuk Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

Program khidmat masyarakat yang dikenali sebagai Ku Dambakan Lailatul Qadar Night Ride 1.0 ini melibatkan 53 orang peserta daripada kalangan pelajar dan warga kerja KKTM Ledang serta warga kerja Baitulmal Daerah Tangkak.

Program seumpama ini juga merupakan satu cara untuk mendekatkan pihak institusi pendidikan MARA (IPMa) dengan komuniti setempat di samping sebagai satu platform menerapkan nilai – nilai murni di kalangan pelajar di samping mengambil keberkatan di bulan Ramadhan.

Sebanyak 16 penerima bantuan yang terdiri daripada warga emas, golongan orang kelainan upaya, ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Daerah Tangkak. Selain daripada menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf, konvoi berbasikal ini juga turut memberi penghargaan kepada anggota polis di Balai Polis Sungai Mati yang akan bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan semoga usaha murni seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.