Infaq Ramadan KKTM Balik Pulau bantu pelbagai golongan

Balik Pulau, 7 Jun – Sebanyak 25 orang sekitar Balik Pulau menerima sumbangan di bawah Program Infaq Ramadan anjuran Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Balik Pulau.

Program ini dianjurkan melibatkan 7 orang warga kerja KKTM Balik Pulau.

Pengarah KKTM Balik Pulau, Mohd Ridhwan Abd Yazid berkata, program itu diadakan bertujuan membantu meringankan beban golongan terbabit pada bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, kriteria penerima sumbangan berdasarkan maklumat daripada imam masjid Qaryah, warga kerja KKTM yang berasal di sini dan juga berdasarkan lawatan program-program CSR. Manakala dana terkumpul program ini adalah dari sumbangan warga kerja KKTM Balik Pulau dan juga syarikat-syarikat korporat.

“Pelbagai barangan yang disumbangkan seperti beras, minyak, gula, kopi, teh dan juga makanan ringan.” katanya

“Jadi, selain menyalurkan barangan dapur, wang tunai turut disumbangkan kepada 25 orang ini” katanya lagi.

Penyelaras program, Khairulkifli bin Darus berkata, program agihan sumbangan berkenaan dilakukan seawal 8 pagi dan berakhir 5.30 petang ke semua lokasi terpilih.

“Kami berharap program seperti ini dapat mendidik dan menjadi penggerak kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat golongan di luar sana yang amat memerlukan bantuan.”

Sumber

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.