Hulurkan Bantuan, Eratkan Silaturrahim

Tangkak, 7 Jun – Golongan kurang berkemampuan serta mereka di dalam keadaan keuzuran terus didekati dan dibantu terutama dalam suasana perayaan yang akan menjelang.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, pihaknya sentiasa cuba mendekati masyarakat sekeliling yang berada dalam keadaan kurang berkemampuan dan berusaha menghulurkan bantuan sepatutnya kepada mereka.

“Umpamanya, pada hari ini, kita mengambil inisiatif turun padang dengan menghulurkan bantuan kepada dua warga emas, Naimah Dinan (84) dan Miskiah Salehan (76) yang terlantar sakit serta kurang berupaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke program “Turun Padang dan Eratkan Silaturrahim Bersama Masyarakat” anjuran MARA Tangkak bersama komuniti usahawannya di sini hari ini.

Hashimi menambah, program turun padang ini sentiasa berjalan di seluruh Negeri Johor dan kekurangan yang dikenalpasti kita cuba bantu untuk atasi.

“Walau pun sumbangan yang kita bawa ini tidak seberapa, apa yang diharapkan ia dapat membantu mengurangkan beban penerima sempena Aidilfitri yang bakal menjelang dan yang lebih penting mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara MARA dengan masyarkat sekitar,” katanya lagi.

This entry was posted in Korporat, Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.