Prihatin Nasib Golongan Kurang Berkemampuan

oleh Azmaen@BP
media@mara.gov.my

Batu Pahat, 31 Mei – Golongan pelajar dan keluarga kurang berkemampuan terus diberi perhatian oleh MARA melalui pelaksanaan Program Prihatin Masyarakat di sini hari ini.

Program Prihatin Masyarakat ini merupakan program kerjasama antara Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat dengan Pejabat MARA Daerah Batu Pahat dengan memfokuskan bantuan kepada pelajar asnaf MRSM Batu Pahat serta keluarga kurang berkemampuan di sekitar institusi ini.

Pelaksanaan program yang diadakan secara tahunan ini merupakan salah satu inisiatif MARA yang sentiasa peka dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan, khususnya dalam keperluan dan persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aildilfitri.

Bagi program tahun ini, seramai 109 pelajar berstatus anak-anak yatim serta mereka dari keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan wang raya manakala 10 lagi pelajar berstatus asnaf menerima sumbangan duit raya berserta barangan keperluan.

Sementara itu, 10 keluarga kurang berkemampuan di sekitar MRSM Batu Pahat ini turut menerima sumbangan wang raya dan barangan keperluan.

Semoga bantuan seumpama ini dapat meringankan beban kepada penerima di samping dapat diteruskan pada masa akan datang.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.