Pelajar KKTM Ledang Turun Padang Bantu Komuniti Setempat

Tangkak, 26 Mei – Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang turun padang dengan memberi khidmat menyelenggara sistem komputer dan rangkaian secara percuma di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Bukit Gambir di sini hari ini.

Program khidmat masyarakat yang dikenali sebagai Care4Computer ini melibatkan 16 orang pelajar KKTM Ledang, guru-guru serta ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolat terbabit.

Program seumpama ini juga merupakan satu cara untuk mendekatkan pihak institusi pendidikan MARA (IPMa) dengan komuniti setempat di samping sebagai satu platform para pelajar mengaplikasi kemahiran yang dimiliki untuk manfaat masyarakat setempat.

Melalui program ini, pelajar telah berjaya menyelenggara dan membaikpulih peralatan komputer sekolah tanpa menggunakan sebarang kos bahkan memberi manfaat besar kepada mereka dalam konteks meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dengan masyarakat setempat.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telribat dan semoga murni seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.