Rina tumpu rapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar

Rina

PUTRAJAYA – Merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar merupakan antara misi utama yang akan dilaksanakan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baharu, Rina Mohd Harun. 

Rina yang memulakan tugasnya secara rasmi hari ini berkata stigma masyarakat yang menganggap kawasan luar bandar sebagai mundur dan tidak membangun adalah tidak benar dan beliau nekad membetulkan persepsi itu.

“Kita harus ingat bahawa di negara kita hanya 30 peratus sahaja kawasan bandar manakala 70 peratus lagi ialah separuh bandar dan luar bandar.

Pembangunan infrastruktur juga bukanlah satu-satunya solusi untuk golongan luar bandar,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

Sementara itu, Rina yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa berkata pihaknya akan mengkaji semula segala projek di bawah kementerian itu yang masih dalam fasa perancangan dan projek yang tidak menguntungkan rakyat.

“Kita akan kaji semula (projek dalam perancangan) tetapi projek-projek yang telah diluluskan akan diteruskan,” katanya. – Bernama

Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/rina-tumpu-rapatkan-jurang-pembangunan-bandar-dan-luar-bandar-1.677344

This entry was posted in Korporat, Lain-Lain. Bookmark the permalink.