Luaskan Projek Kajian Ke Peringkat Lebih Tinggi

Para pemenang Innovation Competetion and Exhibition of Biomedical Electronics Engineering (ICEBEE) 2018 bergambar kenang-kenangan bersama Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat (tengah).

Tangkak, 15 Mei – Para pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) digesa untuk membawa serta mengangkat projek tahun akhir mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, idea projek mahu pun produk yang dihasilkan di pengajian tahun akhir pelajar perlu dilihat bukan sekadar untuk memenuhi syarat graduasi sebaliknya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pelajar di IPMa sememangnya berkebolehan mencetus inovasi yang memberi manfaat kepada kepada negara dan masyarakat sekeliling, justeru ia perlu diangkat agar idea yang diketengahkan tidak berkubur begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutup Innovation Competition and Exhibition of Biomedical Electronics Engineering (ICEBEE 2018) Kolej Kemahiran Tinggi MARA  (KKTM Ledang ) di sini hari ini.

Hashimi menambah, pihak MARA sentiasa membantu para pelajar untuk mengembangkan projek yang dihasilkan sama ada dalam bentu komersial mahu pun penghasilan produk.

“Kita sentiasa membantu mempatenkan projek inovasi mereka di samping memberi bantuan mula sama ada dalam bentuk promosi, pengembangan mahu pun bantuan untuk menceburi bidang keusahawanan melalui produk yang dihasilkan,” katanya lagi.

ICEBEE 2018 merupakan pembentangan projek tahun akhir pelajar KKTM Ledang yang diadakan secara pertandingan dan  dinilai oleh panel pensyarah yang terdiri daripada pensyarah kolej, panel penilai luar daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta pihak industri bioperubatan.

Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan dengan melibatkan 347 orang pelajar tahun akhir KKTM Ledang dengan pecahan 167 buah kumpulan.

Turut hadir ke majlis adalah Pengarah KKTM Ledang, Fazli Rizal Ismail serta Pegawai MARA Daerah Tangkak, Shahrulazli Jaafar.

Berikut adalah senarai pemenang ICEBEE 2018 mengikut kategori yang dipertandingkan.

Pemenang bagi pertandingan Final Year Project (FYP).

Bil. Kategori Pemenang Tajuk Projek
1 Track 1: Biomedical ICT and IoT

 

Tempat pertama:

1) Wan Muhammad Rizal Bin  Wan Mohd Zaidi

2) Khairul Dhinie Bin Kamaruzaman

 

RFID Based Clinic’s DBMS

Tempat kedua:

1) Muhammad Amirul Hakim Bin Zulkifli

2) Muhammad Izzat Iskandar Bin Abdul Rashid

3) Azmi bin Ariffin

 

VR Home Based Balancing Theraphy Machine With IOT Monitoring

Tempat ketiga:

1) Syed Ahmad Bin Syed Malek Shahabudin

 

Blood war

2 Track 2: Biomedical Rehabilitation and Robotics Tempat pertama:

1)Nurul Najihah binti Mohd   Musa

2)Nur Azirah binti Nordin

3)Nurul Shahida Akila binti Zainurin

 

Motorized Walker

Tempat kedua:

1) Nik Nur Aisyah Amalyn binti Nik Sen

2) Nurul Aqilah binti  Saleh

 

Alcohol Sensing Alert with Engine Locking

Tempat ketiga:

1)Siti Saadah Bt Rosman

2)Raihanah Bt Abdul Ghani

 

Exoskeleton Arm

 

3 Track 3: Biomedical Devices for Disabled Human Tempat pertama:

1) NURUL SA’ADAH BT MOHD SHUKRI

2) SITI NOR FATIN NADIA BT ZULKIPLI

 

NEW ERA SMART BLIND STICK

Tempat kedua:

Ikmal Harith Bin Mohd Fauzi

 

Smart Walking Stick

Tempat ketiga:

1)Nur Inarah Bt Md Abd Kahar

2)Nurul Uyun Bt Md Rasad

 

Glove gesture vocalizer for deaf and mute people

4 Track 4: Biomedical Equipment and System Improvement Tempat pertama:

1) Siti Nur Syamimi Binti Zaidisharulazmi

2) Nurul A’fifah Binti Rahamat

 

Wireless Multifunction Stethoscope

Tempat kedua:

1)Muhammad Shukri Hamdi Bin Salem

2)Muhammad Amir Ridhwan Bin Rosidi

 

 

Electronic Stethoscope

Tempat ketiga:

1) Nabilah Syaza binti Munawir

2) Nurul Fatihah binti Mohd Shukri

 

Multiple Infant’s Measurements via LABVIEW

5 Track 5: Biomedical Consumer Application Tempat pertama:

1) Abu Hussin Bin Abu Baker

2) Farabi Ashraf bin Mahzan

 

Portable Water Quality Measurement Device

Tempat kedua:

1) MUHAMAD WAFIY BIN MANSOR

2) DANISH ARIF BIN OTHMAN

 

SMARTBED FOR HYPOTHERMIA

Tempat ketiga:

1)Nurul Aini binti Ngateni

2)Muhammad Idham bin Tajuddin

 

Special car parking

Pemenang pertandingan Robocode Skills Challenge (RSC).

Bil. Kedudukan Kumpulan Pemenang Kelas
1. Pertama STARLORD ICT 3
2. Kedua MINATOUR Radiologi 3
3. Ketiga CIKMORA Radiologi 3
4.  

Saguhati

THARMOS Radiologi, ICT, Diagnostik 3
MR ROBOT Diagnostik 3
VENOM Diagnostik 3
AVENGERS ICT 3
JOHNSON Diagnostik 3
TINY-TECH Radiologi 3
BARRICADE ICT 3
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.