SMAZA juara Kalam Jama’ie 2018

Para pelajar mewakili Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang muncul sebagai johan dalam kategori Kalam Jama’ei dalam majlis penyampaian hadiah Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU 13 Mei – Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAZA) di sini menjuarai pertandingan Kalam Jama’ie peringkat negeri 2018 dalam Program Pengukuhan Bahasa Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di sini hari ini. 

Sekolah berkenaan yang membawa pulang piala, medal dan wang tunai RM3,000 turut menerima anugerah Skrip Terbaik manakala naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq, Besut dan SMKA Wataniah (ketiga).

Pertandingan Dikir Arab dimenangi SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang (juara), SMKA Wataniah (kedua), SMA Ittifakiah (ketiga), Muhammad Syakir Iman Muhamad Radilah (tok juara terbaik) dan Muhammad Arif Imran Muhamad (tukang karut terbaik).

Bagi Program Pengukuhan Bahasa Inggeris pula, SMK Chung Hwa Wei Sin di sini muncul sebagai johan kategori Chorasical Sketch Kumpulan Aspirasi diikuti tempat kedua, SMK Sultan Ismail 2 dan SMK Tengku Lela Segara (ketiga).

Wan Muhamad Fahmi Syazwan Wan Muhammad Fauzal dari SMK Sultan Ismail 2, Kemaman diumumkan sebagai pelakon lelaki terbaik bagi kategori tersebut dan Preti Kaur Gill (wanita terbaik)

Bagi pertandingan Chain Story Telling, johan disandang oleh SMKA Dato’ Haji Abbas Kuala Nerus, diikuti kedua, SMK Mat Lagam dan ketiga, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang dan Kota Putera Besut.

Kategori Smart English, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin muncul sebagai juara manakala naib johan disandang oleh SK Putera Jaya, Setiu dan ketiga, SK Seri Paka, Dungun.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin. – UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/smaza-juara-kalam-jama-ie-2018-1.671736

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.