Kempen ‘Ambo Benci Brito Belawok’ diteruskan

Muhammad Zaidan Abdul Rahim (kiri) menyerahkan akhbar ketika menjalankan kempen antiberita palsu Ambo Benci Brito Belawok di RTC, Tunjong, hari ini. – UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 4 Mei – Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) meneruskan kempen antiberita palsu, ‘Ambo Benci Brito Belawok’ dalam usaha memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kesan buruk daripada maklumat tidak benar yang diterima mereka jika tidak diusul periksa.

Pengarah program, Adila Sharinni Wahid berkata, program yang mendapat sokongan Angkatan Generasi Melayu Muda Kelantan (Agenda) dan Majlis Belia Kelantan (MBK) serta Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu makin diterima baik oleh masyarakat.

“Ini dapat dilihat dalam setiap siri kempen yang dijalankan, kita dapati tahap kesedaran makin bertambah berkaitan dengan bahaya berita tidak benar.

“Bukan itu sahaja, kita turut edarkan naskah akhbar secara percuma kepada orang ramai dengan hasrat supaya mereka mendapatkan sumber berita yang benar melalui media arus perdana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada siri ketiga kempen ‘Ambo Benci Brito Belawok’ di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Agenda, Muhammad Zaidan Abdul Rahim. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kempen-ambo-benci-brito-belawok-diteruskan-1.665345

This entry was posted in Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.