Kemudi lancar kempen ‘Ambo Benci Brito Blawok’

AKHBAR arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Kosmo! diedarkan kepada orang ramai sempena kempen ‘Ambo Beci Brito Blawok’ anjuran Kemudi di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 21 April – Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mencipta sejarah menjadi kumpulan pengamal media arus perdana pertama melancarkan kempen antiberita tidak benar menerusi ‘Ambo Benci Brito Belawok’ di sini hari ini.

Presiden Kemudi, Azran Fitri Abdul Rahim berkata, penganjuran kempen berkenaan bertujuan mengajak orang ramai khususnya masyarakat di negeri ini untuk menolak berita palsu yang aktif disebarkan menerusi media sosial.

Menurutnya, melalui kempen tersebut Kemudi bersama Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) dan Majlis Belia Kelantan (MBK) mengedarkan naskah surat khabar media arus perdana secara percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih.

“Ini merupakan manifestasi kami pengamal media di Kelantan untuk mengajak masyarakat di luar sana menolak berita palsu dan mendapatkan sumber yang sahih menerusi laporan akhbar arus perdana.

“Penyebaran berita palsu ini perlu dikekang kerana ia boleh merosakan negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen ‘Ambo Benci Berita Blawok’ di ruang legar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu, di sini.

Perasmian kempen itu disempurnakan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Ruzilan Salleh

Yang turut hadir, Presiden Agenda, Muhammad Zaidan Abdul Rahim serta Pengarah KPTM Kota Bharu Nik Mohammad Khairi Nik Mohd. Zin. -UTUSAN ONLINE

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/kemudi-lancar-kempen-8216-ambo-benci-brito-blawok-8217-1.654903

This entry was posted in Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.