400 premis makanan peroleh sijil Bess

PENGARAH MARA Kelantan, Zulkarnain Zakaria(kiri) bersama Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Kelantan, Natrah Abu Bakar(tengah) menunjukkan logo Bess yang telah ditampal dalam Majlis Perasmian hari Terbuka KPTMKB dan Karnival Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja (PROSTAR) Negeri Kelantan di KPTM kampus Lembah Sireh hari ini. – UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 19 April – Jabatan Kesihatan menyasarkan sebanyak 400 premis makanan di seluruh negeri ini memperoleh Persijilan Bersih, Selamat dan Sihat (Bess) sehingga hujung tahun ini sejajar dengan kempen Kelantan Gerbang Makanan Sihat 2020.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Kelantan, Natrah Abu Bakar berkata, sehingga awal tahun ini, sebanyak 200 premis makanan telah mendapat sijil tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha dan yakin mampu mencapai sasaran seandainya mendapat sokongan dan kerjsama padu daripada beberapa agensi lain.

“Antara premis yang telah mendapat sijil Bess adalah restoran, medan selera beberapa pasaraya utama, kantin Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, Jeli dan Pasir Tumboh.

“Hari ini pihak kami telah memberi pengiktirafan itu kepada Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTMKB),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian hari Terbuka KPTMKB dan Karnival Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja (PROSTAR) Negeri Kelantan di sini hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah MARA Kelantan, Zulkarnain Zakaria.

Yang turut dihadiri Pengarah KPTMKB, Nik Mohd Khairi Nik Mohd Zain. – UTUSAN ONLINE

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/400-premis-makanan-peroleh-sijil-bess-1.653450

This entry was posted in Berita Kejayaan, Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.