Hari Terbuka KPTM

PENGARAH MARA Kelantan, Zulkarnain Zakaria(lima kiri) melakukan gimik perasmian dalam Program Hari terbuka KPTM dan Karnival Proster Negeri di Kampus Lembah Sireh hari ini. – UTUSAN ONLINE/NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

KOTA BHARU 19 April- Kolej Poly-Tech MARA(KPTM), hari ini menganjurkan Program Hari terbuka KPTM dan Karnival Prostar Negeri di kolej tersebut di Kampus Lembah Sireh bermula hari ini.

Program yang julung kali diadakan itu mendapat kerjasasama Kelab Prostar Negeri itu bertujuan merapatkan ukhwah dan memberi pendedahan kepada masyarakat luar sekaligus menonjolkan lagi nama kolej itu.

Pelancaran program itu disempurnakan oleh Pengarah MARA negeri, Zulkarnain Zakaria.

Zulkarnain berkata, program itu juga dapat menggalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam akademik dan kokurikulum.

“Kita sediakan pelbagai acara menarik untuk pelajar sertai antaranya pameran produk. Dengan program ini, pengunjung akan didedahkan secara mendalam mengenai KPTM kerana pelajar akan berkongsi pengalaman mereka mengenai bidang pengajian masing masing.

“Program ini juga akan dimeriahkan dengan adanya gerai jualan serta persembahan daripada beberapa artis jempuatan antaranya Datuk Ac Mizal Sherry Ibrahim, Sufian Suhaimi dan ramai lagi, “ katanya kepada pemberita dalam sidang media di KPTM Kampus Lembah Sireh di sini hari ini.

Seramai 2,300 pelajar melibatkan diri dalam program yang berlangsung selama tiga hari itu.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri, Natrah Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/hari-terbuka-kptm-1.653439

This entry was posted in Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.