‘Japanese Culture’ Memotivasikan Pelajar IPMa

Oleh : Nor Waheeda Ramzan

MARA dan kebudayaan Jepun sudah menjadi tidak asing lagi.  Kolaborasi MARA bersama OISCA bermula sejak 1967 apabila MARA menjadi ahli Organization for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement (OISCA-International). Melalui kolaborasi ini, MARA telah memainkan peranan yang signifikan bersama organisasi ini seperti melaksanakan program dan aktiviti dalam pelbagai bidang termasuk kebudayaan dan latihan industri sebagai sumbangan untuk keamanan dan kemakmuran dunia.

Kewujudan kolaborasi dua hala ini juga adalah selaras dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan keusahawanan dalam kalangan belia Malaysia. Graduan teknikal MARA di beri peluang untuk melanjutkan pengajian dan latihan praktikal di Jepun selain mereka turut didedahkan dengan etika dan budaya kerja di negara tersebut.

Baru-baru ini, MARA Japan Industrial Institute (MJII) sebagai sebuah institusi TVET di bawah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) telah turun padang untuk mempromosikan program kebudayaan Jepun atau ‘Japanese Culture’ di Lobi Ibu Pejabat MARA dengan pelbagai pengisian seperti Yukata Kids Fashion show, Demonstrasi origami kepada kanak-kanak Tadika MARA, Kelas Bahasa Jepun, Japanese traditional games  dan persembahan tarian Robodance, soran Bushi serta Kasa Dance.

Program ini diadakan di bawah kategori “Holistic Student Development” bagi menggalakkan semangat berpasukan, keusahawanan dan kreativiti pelajar-pelajar IPMa dalam menguruskan penyertaan pasukan dan pada masa yang sama menerapkan nilai-nilai murni dan budi pekerti yang tinggi dalam kalangan pelajar.

‘Japanese Culture’ dibawa khas untuk menyemarakkan minat dalam kalangan pelajar IPMa, warga kerja MARA dan para pengunjung untuk mendapat pendedahan dan pengetahuan berkenaan kebudayaan dan tradisi masyarakat Jepun yang terkenal dengan bangsa yang maju di dunia.

Penerapan program sebegini dalam kalangan pelajar memberi pendedahan dan perkongsian mengenai budaya, cara kerja, makanan, pakaian, permainan serta kebudayaan masyarakat selain menggalakkan semangat berpasukan, keusahawanan dan kreativiti pelajar-pelajar IPMa dalam menguruskan penyertaan berpasukan.

Selain mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun turut dilaksanakan dalam kalangan pelajar IPMa khususnya di MJII selaras dengan keperluan guna tenaga mahir negara Jepun. Ini juga adalah salah satu usaha untuk menyokong program pendidikan MARA ke arah membawa IPMa sebagai entiti cemerlang dan berprestasi tinggi.

 

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.