MARA bantu lonjak usahawan tempatan

MASTURA MOHD. YAZID (tengah) bersama usahawan dan dua pelajar yang menerima sumbangan dalam program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini. UTUSAN/HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 20 Mac – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukan RM14.09 juta untuk membiayai perniagaan 45 usahawan tempatan di kawasan Kuala Kangsar sepanjang 2017.

Ahli Lembaga Pengarah Pe­laburan MARA Berhad, Datin Mastura Mohd. Yazid berkata, daripada jumlah itu pula, seba nyak RM13.84 juta adalah untuk Skim Pembiayaan Kontrak Expres (Spike).

Menurutnya, dana selebihnya adalah untuk Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (Spim) bagi dijadikan sebagai modal pusingan kepada mereka yang terlibat.

“Pada tahun ini pula, sehingga bulan Febuari lalu, sebanyak RM1.99 juta pembiayaan telah diluluskan untuk MARA Kuala Kangsar bagi sembilan orang pe­nerima.

“Kesemua yang menerima pembiayaan ini terlibat dalam pelbagai jenis skim, termasuk program peningkatan standard perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK), di Dewan Jubli Perak, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata, MARA turut menawarkan sewaan 37 premis perniagaan di Arked MARA Kuala Kangsar, Arked MARA Sungai Siput dan Bazar Padang Rengas.

Menurut beliau, MARA bukan sahaja memberikan fokus kepada bidang keusahawanan, tetapi perhatian turut diberikan kepada pembangunan modal insan de ngan penyediaan ekosistem lengkap melalui Institusi Pendidikan MARA.

“Pelbagai kursus kemahiran dan pendidikan seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ditekankan bagi memastikan akses pendidikan adalah terbaik sekali gus dapat disediakan untuk pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Sumber:  http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/mara-bantu-lonjak-usahawan-tempatan-1.631520

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.