MARA lulus peruntukan RM8.22 juta bantu usahawan Dungun

Majlis pemberian cek pembiayaan kepada 10 usahawan tempatan di bawah pelbagai skim dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM216,000.

DUNGUN – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8.22 juta bagi membantu 65 usahawan dalam bidang minyak dan gas, pembinaan, peruncitan dan pembuataan di sekitar daerah ini pada tahun lalu.

Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam berkata, MARA turut menawarkan ekosisten keusahawan yang lengkap merangkumi pembangunan usahawan dan industri serta kemudahan sokongan kepada kumpulan terbabit.

Beliau berkata, antara program kelolaan MARA yang memberi manfaat besar kepada usahawan tempatan tersebut ialah latihan pembentukan usahawan, kursus jangka pendek pembangunan usahawan dan MARA In Fashion serta Hit Barber yang beserta skim pembiayaan

“MARA juga membantu usahawan tempatan dengan menyediakan lot premis dengan kadar sewaan berpatutan. Di seluruh Terengganu, MARA mempunyai 649 lot kedai di 38 lokasi yang disewakan kepada usahawan tempatan termasuk Dungun.

“Ramai usahawan tempatan kebanyakan dalam kalangan belia berjaya dihasilkan hasil komitmen berterusan agensi itu,” katanya selepas merasmikan program Inisiatif Melestarikan Pembangunan Komuniti (1MPAK) di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah MARA Terengganu, Azli Sobi itu, Din turut menyampaikan cek pembiayaan kepada 10 usahawan tempatan di bawah pelbagai skim dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM216,000. – K! ONLINE

Sumber: http://www.kosmo.com.my/negara/MARA-lulus-peruntukan-rm8-22-juta-bantu-usahawan-dungun-1.627430

This entry was posted in Korporat, Usahawan. Bookmark the permalink.